Iman adalah Mutiara Hati

Iman adalah Mutiara Hati

Sunday 29 January 2012

SENYUM

Senyum itu sedekah?Ye ke?Erm..betul la tu senyum tu sedekah..tapi pada tempatnya.Takkanlah jumpa orang yang tak kenal nak senyum tak tentu pasal..hihi.Senyum pun ada batasannya.Berpada-pada dalam senyum.Tapi lagi satu jangan tak senyum langsung nanti kan orang ingat kita sombong.Ha..senyum kat ibu bapa,kawan2 n orang yang lagi tua dapat pahala tau..Pandang wajah ibu bapa pun dapat pahala.Jadi apalagi jom mulakan hari anda dengan senyum.Macam lagu ni
            Senyum seindah suria yang membawa cahaya
            Senyum lah selalu...senyum
            Dunia pun akan tersenyum..:)

Friday 9 December 2011

Ujian

Ujian/peperiksaan Akhir tahun dah pun selesai...Alhamdulillah..Tapi bila fikir balik hidup ini tidak pernah terlepas dari ujian...Mungkin apa yang kita faham ujian itu adalah apabila kita mengalami kesusahan.Sebenarnya susah atau senang semua itu adalah ujian.Baik miskin atau kaya itu juga ujian..Si miskin diuji dengan kesusahan adakah dlm keadaan itu dia masih ingat kepada Allah begitu juga dgn si kaya adakah dlm keadaan begitu dia membantu orang yang susah..Semuanya diuji..Hanya sama ada kita perasan atau tidak..
Situasi lain : seorang pelajar yang mendapat 5A dan seorang pelajar yang mendapat 5E..Adakah dengan keputusan 5A dia mensyukuri nikmat Allah? Begitu juga seorang pelajar yang mendapat 5E adakah dia redha terhadap qadha dan qadarnya?Semuanya menuntut keimanan yang tinggi..Dalam surah Al-Baqarah Allah ada berfirman yang maksudnya lebih kurang cam ni : Dia menguji hambaNya mengikut kekuatan hambaNya.Jadi janganlah bersedih andai diuji sesungguhnya Allah Maha Mengetahui kemampuan hambaNya..Andai engkau masih bersedih maka bersabarlah...Allah sentiasa bersamamu.

Friday 18 November 2011

Perjalanan Hidup Ini

Hidup ini tak selalunya indah.Manusia akan mengalami dua fasa iaitu fasa menaik dan fasa menurun.Fasa menaik itu berlaku bila kita diuji..Saat ini kita semua merasakan diri terlalu kerdil dan terlalu lemah.Hanya pada Allah sahaja kita meminta pertolongan..Saat dihilangkan segala dugaan, manusia merasai sesuatu nikmat. Namun,nikmat itu seringkali dilupakan. Seolah-olah hadirnya Allah dengan sepenuh hati pada saat diuji.
Pada saat berduka kita ingat Allah namun pada saat gembira hadirkah Allah dalam ingatanmu. Khusyuknya kita tidak seperti org yg sedang diuji.Perjalanan hidup ini sangat indah. Hidup ini ibarat memasak sesuatu,tanpa garam dan bahan perasa masakan itu tentu tidak enak.Dugaan itulah yang menambah perisa supaya hidup ini lebih INDAH.